YouTube 3 Langkah

Untuk orang yang teringin mula dalam YouTube dan menjadi seorang “YouTuber”, ataupun orang yang mungkin dah ada YouTube channel dan nak kembangkan channel ke tahap seterusnya - inilah ebook untuk anda!

“YouTube 3 Langkah” - Bagaimana anda boleh menjadi seorang “YouTuber” dan menjana pendapatan.. dalam 3 langkah yang mudah.

Ebook ini berdasarkan pengalaman saya sepanjang 3 tahun mengembangkan channel YouTube saya dari beberapa subscribers hingga lebih dari 200,000 subscribers dan lebih dari 28 juta views.

 

Saya akan bongkarkan semua yang anda perlu tahu tentang YouTube, setiap langkah, secara terperinci. Kalau anda ikut semua panduan ni, saya yakin anda boleh menjadi YouTuber sepenuh masa juga!

 

Inilah beberapa benda yang saya akan kongsi dalam ebook ini:

  • Bagaimana bermula dalam bidang YouTube, tanpa pengalaman dan tanpa pengetahuan teknikal
  • Bagaimana boleh menjana pendapatan dari YouTube cukup untuk GANTI gaji anda sepenuh masa
  • Tips and tricks untuk dapat lebih ramai subscribers dengan lebih cepat
  • Bagaimana buat duit LUAR dari “Google Adsense” (dan apa ramai orang tak nak anda tahu tentang ni!)

 

Iniliah beberapa testimoni dari pembaca-pembaca ebook saya, dan apa yang mereka cakap tentang “YouTube 3 Langkah”

 

"Serious, membantu gila. Daripada setiap terms/words rhys explain. Dari macam mana nak create account sampai ke monetize. Terbaik, saya belajar benda baru banyak. Hahaha, serius ebook ni sangat membantu. Especially youtuber newbies macam saya."

-Wan Abqori, Penang

 

“Gempak weh, Best best. Kau memahami jiwa youtuber”

-Hazim Hamdan, Selangor

 

“Saya belajar banyak dari buku ni.  Beginners guide yang terbaik! Solid!”

-Asyraf, KL

 

“LENGKAP! Info yg sangat berguna tentang YouTube dan cara buat duit dari YouTube”

-Sara Khalid, Johor

 

Ebook ini akan dihantar secara elektronik, jadi selepas pembayaran, anda boleh baca terus!

 

Ebook ini ada lebih dari 100 muka surat penuh dengan pekara-pekara penting berkenaan YouTube, dan juga ada panduan “step-by-step” yang anda semua boleh ikut.

 

 

 

Izinikan saya memperkenalkan diri dulu..

 

Saya Rhys William dan saya berasal dari London, United Kingdom. Saya dah menetap di Malaysia lebih dari 7 tahun, dan saya pindah ke sini pada tahun 2013.

Tahun 2017 saya buka akaun YouTube, pada masa itu saya tak pernah fikir saya boleh jadi seorang “YouTuber” sepenuh masa, sebenarnya pada masa tu saya hanya upload video di YouTube sebab “saja nak cuba”..

Kurang dari setahun kemudian saya dah berjaya mencapai 100,000 subscribers dan terima plat “silver” dari YouTube... 6 bulan kemudian saya berjaya dapat lebih dari 200,000 subscribers dan nombor tu masih meningkat lagi...

Saya juga telah dijemput untuk memberi perucapan di majlis dan “conference” tentang  cara untuk mengembangkan YouTube, dan disamping itu dijemput untuk interview di TV dan Radio mengenai channel saya. Pada tahun 2019, saya pergi ke Vidcon (video conference terbesar di dunia) di Melbourne, Australia bersama dengan rakan-rakan YouTuber Malaysia sebagai wakil Malaysia. 

Setiap hari saya dapat beratus mesej dari orang dan ramai tanya saya “macam mana nak jadi YouTuber?” Sebab itu saya menulis buku ini..

Kenapa saya nak cakap kat anda semua ni? Bukan untuk menunjuk atau berlagak, tapi saya ingin anda semua faham, saya memang ada pengalaman dalam bidang ini, dan saya ingin kongsi pengetahuan dan pengalaman saya kepada anda dan juga ramai yang lain.

 

 

“YouTube 3 Langkah” - Bagaimana menjadi seorang “YouTuber” dan menjana pendapatan.. dalam 3 langkah yang mudah.

 

Saya pernah belanja beribu ringgit dari duit saya sendiri dalam misi mencari, menguji dan memakai strategi-strategi YouTube yang saya kongsi dalam ebook “YouTube 3 Langkah” ini.

 

Inilah apa saya kongsi dalam ebook “YouTube 3 Langkah” ini:

Langkah 1 - Cari “Niche” Anda

  • Jelaskan benda-benda asas untuk menjadi YouTube sepenuh masa
  • SIAPA SESUAI menjadi seorang YouTuber dan lagi penting, SIAPA TAK SESUAI
  • Bagaimana untuk mencari “niche” anda dan bagaimana membezakan anda dari YouTuber yang lain

Langkah 2 - Reka “Content” Anda

  • Panduan langkah-demi-langkah bagaimana buat video, dan bagaimana muat naik di YouTube
  • Bagaimana membuat “thumbnail” yang berjaya dan dapat tontonan yang lebih tinggi
  • Bagaimana dapat ribuan subscribers yang paling cepat, TANPA SPAM

Langkah 3 - Jana “Income” Anda

  • BERAPA BANYAK duit anda boleh buat dari YouTube
  • Bagaimana daftar dan lulus untuk YouTube Partnership program
  • Bagaimana menjana pendapatan dari YouTube
  • DIBONGKAR, bagaimana dapat tajaan dan duit daripada syarikat dan jenama besar

 

Untuk pembeli terawal, saya akan bagi serendah RM57 untuk semua dalam ebook ini dan termasuk beberapa FREE bonus:

 

  1. “YouTube 3 Langkah” - Bagaimana menjadi seorang “YouTuber” dan menjana pendapatan.. dalam 3 langkah yang mudah. Lebih dari 100 muka surat informasi yang penting untuk menjadi YouTuber!
  2. BONUS EBOOK - “30 Hari... 1,000 Subscribers..”
  3. BONUS EBOOK - “Bercerai Kita Roboh, Bersatu Kita Teguh - Bagaimana membina ‘suku’ peminat YouTube anda”

 

SOALAN LAZIM

 

“Saya berminat, macam mana saya boleh dapatkan Ebook “YouTube 3 Langkah” ni?”

Senang sahaja. Anda hanya perlu tekan butang “buy now” di bawah ni dan boleh beli ebook melalui FPX atau  kad Credit/Debit. Selepas pembayaran berjaya ebook akan dihantar ke emel anda - jadi anda boleh baca terus! Kalau tiada FPX atau  kadCredit/Debit juga ada  pilihian “bank-in”. Kalau nak bank in anda boleh pergi ke bawah page ni dan tekan butang whatsapp untuk hubungi dengan team kami, dan kami akan bagi nombor akaun dan cara bank in.

 

“Saya tak ada pengalaman, boleh ke ebook ini membantu saya?”

Salah satu mithos yang paling besar dalam bidang YouTube adalah “anda perlu pengalaman untuk bermula”. Hakikatnya, sesiapa, ya betul sesiapa saja, boleh menjadi YouTuber sepenuh masa KALAU mereka ikut sistem yang terbukti. Saya dah tulis secara terperinci sistem yang tepat untuk jadi YouTuber - langkah demi langkah. Saya boleh jamin kalau anda ikut sistem ini anda boleh berjaya

 

“Saya tak pandai ambil video atau edit video - bolehkah saya jadi YouTuber?”

Dengar dengan teliti. Anda TAK PERLU tahu bagaimana nak merakam atau edit video untuk mula jadi YouTuber. Inilah salah satu mitos yang besar. Ya betul, saya tak menafikan, kemahiran merakam dan edit adalah penting (dan sebenarnya senang untuk belajar) - tetapi anda tak perlu tahu benda ni untuk mula. Dalam ebook “YouTube 3 Langkah” saya akan terangkan macam mana nak mula sebagai YouTuber dulu, lepas tu saya akan mengajar sikit-sikit “basics” macam mana nak merakam dan edit video.

 

“Saya dah ada YouTube channel - ebook ni masih releven ke?”

Walaupun ebook ini dirancang untuk orang yang baru nak belajar YouTube, ia juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan YouTube. Dalam buku ni, saya juga merangkumi beberapa strategi "lanjutan" untuk YouTuber yang dah ada YouTube channel sendiri. “YouTube 3 Langkah” adalah panduan langkah demi langkah untuk semua

 

“Ebook ni ada hard copy tak?”

Buat masa sekarang, atas pemintaan ramai saya hanya keluarkan “YouTube 3 Langkah” dalam bentuk elektronik. Kelebihan bila buat bentuk elektronik, selepas pembayaran, anda boleh baca terus! Mungkin satu hari nanti saya akan keluarkan dalam hard copy, tapi sekarang “YouTube 3 Langkah” dalam format ebook sahaja. Selepas berjaya order, saya akan hantar ebook melalui email.

“Kenapa saya perlu bayar untuk ebook ini?”

Kalau anda nak berjaya di YouTube, anda harus rasa komited. Dengan harga yang kecil dan berpatutan untuk ebook ini, saya tahu pembaca “YouTube 3 Langkah" komited untuk berjaya dan serius untuk menjadi YouTuber. Orang lain caj beribu RM untuk tips yang sama yang saya kongsi. Saya yakin kalau anda ikut langkah-langkah dalam “YouTube 3 Langkah"ni , anda akan buat banyak duit dari YouTube sampai anda boleh bayar balik pelaburan anda dalam ebook tu beratus-ratus kali ganda!

“Senang je mat salleh cakap melayu terus famous” - macam mana SAYA boleh pakai tips ni?”

Dalam buku ini, saya bukan saja berkongsi dari pengalaman saya sahaja, tetapi juga dari pengalaman dan kajian kes dari YouTuber Malaysia yang terkenal dan juga YouTuber di Luar Malaysia. “YouTube 3 Langkah" ialah sesuatu panduan praktikal untuk diikuti oleh semua orang.

 

“Saya tak cukup masa”

Walaupun mungkin anda bekerja sepenuh masa, atau sibuk kat rumah, anda masih boleh menjadi YouTuber. Sebenarnya langkah pertama dalam “YouTube 3 Langkah"  dah menerangkan dengan tepat bagaimana mencari jenis kandungan yang anda nak dan boleh buat pada masa lapang. Anda tak perlu banyak masa untuk mula, anda hanya perlu mula! Tak lama lagi anda boleh buat cukup duit dari YouTube untuk ganti gaji sepenuh masa anda. 

 

“Saya tak tahu macam mana nak bermula”

Langkah paling susah ialah langkah yang pertama - mula. Dalam “YouTube 3 Langkah"  saya ceritakan apa yang anda perlu buat dalam "Langkah 1" - termasuk sekali aktiviti interaktif. Kalau anda masih ragu-ragu macam mana nak bermula sebagai YouTuber, cuba baca "YouTube 3 Langkah 3" dan biarkan itu jadi langkah pertama anda!

 

“Saya tak ada idea untuk YouTube”

Mungkin anda tahu anda nak jadi YouTuber, tapi anda tak tahu jenis video apa yang anda nak buat. Jangan risau! Dalam “YouTube 3 Langkah" saya letak lebih dari 3 aktiviti interaktif untuk membantu anda “mencari” idea anda. Kalau anda ikut aktiviti-aktiviti ini - anda akan dapat banyak idea untuk YouTube video anda!

 

Ebook ini akan dihantar secara elektronik, jadi selepas pembayaran, anda boleh baca terus!

Chat with seller